Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita JPM

Berita
Jawatan Yang Di-Pertua Adat Istiadat Negara bertaraf Menteri
05/05/2024
​Pada menjunjung titah perintah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, dengan ini dimaklumkan bahawasanya Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah mengurniakan titah perintah mulai Isnin, 26 Syawal 1445 bersamaan 6 Mei 2024, jawatan Yang Di-Pertua Adat Istiadat Negara yang pada masa ini disandang oleh Yang Amat Mulia Pengiran Indera Setia Diraja Sahibul Karib Pengiran Anak Haji ldris bin Pengiran Maharaja Lela Pengiran Muda Abdul Kahar, adalah merupakan jawatan yang bertaraf Menteri.

Sumber berita Pelita Brunei
Sumber foto InfoFoto​